Siri 1
 |
Sumber gambar: Google |
Menjelang hujung tahun, pasti ramai ibu bapa yang sibuk mencari taska dan tadika terbaik untuk anak mereka yang sudah menginjak usia empat hingga enam tahun. Biasanya ibu bapa akan memilih beberapa poin penting bila mencari taska di Google iaitu taska terbaik, taska pintar, tadika terbaik dan tadika pintar. Jika secara offline, ibu bapa lebih gemar bertanyakan pengalaman rakan-rakan.
Setiap ibu bapa termasuklah saya sendiri sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak kesayangan kita.
Kini, ada banyak taska dan tadika yang menyediakan pelbagai method pembelajaran dari Taska Permata, Kemas, Montessori, Islamik dan sebagainya. Pendek kata pendekatan pembelajaran dunia kanak-kanak amat berkembang pesat dan menjadi satu industri pendidikan yang tidak boleh dipandang kecil.
Taska dan tadikan pilihan
Ibu bapa mempunyai beberapa pilihan sama ada mahu memilih taska yang disediakan oleh kerajaan, swasta mahu pun
home schooling (ibu bapa ajar anak sendiri di rumah). Memang ada pro dan kontra tetapi sukar untuk kita sahkan bahawa taska mahal itu menjamin kecemerlagan anak-anak. Hal ini sangat subjektif kerana perkembangan anak-kanak berkait rapat dengan persekitaran termasuk di rumah.
Berdasarkan pengalaman saya dahulu, saya turut skeptikal dengan taska dan tadika kerajaan. Bagaimanapun ketika anak saya di darjah dua, dia dapat nombor lima manakala nombor tiga ialah rakannya yang bersekolah di tadika kerajaan.
Saat itu, saya memang terkesima. Itulah hakikat yang perlu ditelan. Pelaburan yang beribu ringgit tidak menggambarkan keputusan pada masa yang akan datang. Saya tidak pula bermaksud menghalang anda menghantar anak ke taska atau tadika swasta. Buatlah keputusan yang bijak apatah lagi dalam keadaan ekonomi serba mencabar. Tabungan sangat penting sekarang. Cuba elakkan ekonomi yang defisit,
Untuk panduan atau tip memilih taska dan tadika terbaik, saya akan kupas tentang menthod yang digunakan terlebih dahulu supaya anda faham mengapa ia menjadi 'standard' yang dipilih oleh taska dan tadika. Tidak mustahil jika ia turut diamalkan oleh tadika biasa dengan jenama yang berlainan.
Montessori
Method paling popular yang diamalkan di kalangan taska dan tadika terbaik ialah Montessori. Ramai yang beranggapan bahawa pakej yang ditawarkan oleh taska montessori sangat mahal dan sesuai untuk golongan elit sahaja. Namun, ramai ibu bapa yang sanggup berkorban untuk menghantar anak ke taska montessori. Jelas ibu bapa begitu perihatin dalam pendididkan awal kanak-kanak -
the seven vital year.
Bagaimana pun benarkah dakwaan bahawa kaedah Montessori itu semestinya mahal? Adakah kerana kaedah ini diimport dan guru-gurunya sangat terlatih? Ironinya, Maria Montessori (1870-1952) yang merupakan seorang doktor dan pendidik telah menubuhkan sekolahnya sendiri untuk mendidik kanak-kanak miskin. Ertinya dengan tertubuhnya sekolah Montessori pada tahun 1907, maka lebih ramai kanak-kanak miskin mendapat peluang pendidikan yang berkualiti seperti kanak-kanak golongan berada. Cuba anda fikirkan hal ini?
Secara umumnya, pendidikan Montessori menjurus kepada persekitaran istimewa yang melibatkan penerokaan, manipulasi, arahan, pengulangan, perlambangan dan komunikasi. Kanak-kanak akan dibantu dengan pelajaran dan peralatan tertentu agar kanak-kanak bebas melakukan penerokaan dengan dibantu oleh tenaga pengajar.
Tiga peraturan yang ditekankan dalam aktiviti Motessori:
1. Menghormati rakan-rakan
2. Menghormati pesekitaran
3. Menyelesaikan kerja yang dibuat
Method ini sangat baik dilaksanakan pada tempoh sensitif kanak-kanak iaitu 1-6 tahun. Saat ini, kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu yang sangat tinggi. Montessori juga bukan untuk memberi keputusan jangka masa pendek tetapi lebih menekankan kepada kemahiran hidup. Pendek kata, kanak-kanak menjadi normal atau fitrah.
Seperti yang kita ketahui, dalam kandungan ibu, kanak-kanak sentiasa tenang tetapi apabila lahir, keadaan seperti kacau bilau kerana mereka perlu belajar banyak benda. Melalui montessori, tenaga pengajar dapat menenangkan mereka menjadi normal semula iaitu mereka boleh rasa gembira, aman, tenang, boleh dan suka bekerja, boleh berkongsi, tidak terlalu bergantung pada orang lain, boleh menurut perintah secara natural dan bermotivasi.
Bunyi macam biasa dengar bukan? Mungkin kaedah
home schooling pun banyak mengamalkan cara ini. Malah Montessori sepatutnya boleh dinikmati oleh semua kanak-kanak melalui aktiviti 'hands on' melalui mainan semula jadi untuk membuka minda mereka. Tiba-tiba saya teringat mainan 'pondok-pondok' sewaktu kecil dahulu. Ia seakan-akan Montessori yang sangat mengujakan.
Nota: Antara tulisan Maria Montessori ialah The Monntessori Method (1912) dan The Absorbent Mind (1949).
- bersambung